Tahun 2020 ni genap dua tahun lebih usia perkahwinan saya dengan suami. Awal perkahwinan, expectation orang adalah mengandung. Siapa kita hendak tolak rezeki kan.. tapi awal tahun perkahwinan juga saya mengetahui kedudukan kewangan suami (yelah. dah kahwin kenalah ambil tahu kewangan suami)
Saat itu saya tersedar “we cannot have a baby yet” I said to my husband. Jika dikira-kira, perut sendiri juga tidak mampu lagi dikenyangkan apatah lagi anak? Planning a family and pregnancy is crucial at this time. Saya cuba memahami krisis kewangan suami, saya bersangka baik bahawa itu semua dugaan awal perkahwinan. Syukur “mindset” saya adalah jenis wise dan penuh common sense. Saya punya jenis, kalau ada masalah, respon saya adalah “i have solution to every problems”.
